Salah satu lawak yang king email kat aku. Tah mana dia dapat pun aku tak tau. Aik? Nie sudah lebeh ni.. Keje ke tidak laki aku ni... asyik main internet jek.... Anyways... enjoy!!
1) Baju Cinta
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si
nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di
badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari
berkerja nie nek!".. "Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek. "Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat
saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam
perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak
wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....."
(kakakakaka haru-biru......................)
2) Kisah 4 Pengantin Baru
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.
Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2
anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,
Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "NANTI JGN LUPA HANTAR BERITA PADA MAK & AYAH. Ceritakan
MACAMMANA HONEYMOON KORANG. TAK PAYAH TULIS PANJANG2, PAKAI KOD IKLAN AJE DAH CUKUP.
RINGKAS, PADAT & CEPAT." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'STANDARD CHARTERED'. Tercari2lah
kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang
bertulis "Besar, teguh dan peramah".. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'NESCAFE'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan
yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir" Bahagialah Si Seri rupanya...
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum
keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak..
masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA".
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.
Bila dibaca, Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??
"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI
(amik ko....)